RAHSIA MENARA DALAM MENARA
Menara Jam Tan Beng Swee yang megah berdiri selama 137 tahun berhampiran bangunan Stadthuys, di Banda Hilir terus menjadi kebanggaan warga Malaysia. Dalam masa sama terus gah menjadi mercu tanda popular di Negeri Hang Tuah sekaligus berfungsi lokasi pelancongan utama sejak zaman berzaman. Menara jam ini dibina pada tahun 1886 iaitu kira-kira 61 tahun selepas penyerahan wilayah Melaka daripada Belanda kepada British. Pembinaannya disimpulkan sebagai satu tindakan bijak sebagai rujukan masa memandangkan tidak ramai memiliki jam poket mahupun jam tangan waktu itu.
Keseluruhan binaan menara jam ini diperbuat daripada batu bata berukuran 9 inci x 4 inci setiap satu. Ia disempurnakan dengan sambungan mortar dan plaster batu kapur. Kayu turut digunakan pada bahagian tertentu.
Ingin saya kongsikan di sini, menara ini sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri dan tak ramai yang tahu. Terdapat sebuah lagi menara lain (tiang) di dalam struktur menara batu-bata ini. Tiang segi empat tersebut dibina di tengah-tengah ruang di dalam menara. Ianya berketinggian 22 kaki dibina menggunakan kepingan kayu-kayu cengal yang disusun rapat-rapat. Setiap penjurunya diperkukuhkan dengan kayu meranti (Dark red meranti). Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kayu meranti tersebut sudah pun musnah diserang anai-anai. Struktur ini dipercayai merupakan menara asal Menara Jam Tan Beng Swee.
Menariknya, terdapatnya sebuah ruang sempit seperti syaf di dalam struktur kayu ini yang mana dipercayai berfungsi sebagai tempat untuk menggantung pendulum atau buah jam. Pada bahagian bawahnya, terdapat ruang kosong berukuran 2 kaki 6 inci yang digenangi air dan semasa proses baik pulih dijalankan, pasukan konservasi telah mengeringkan sepenuhnya ruang tersebut dengan menimba keluar air yang bertakung.
Tq infonya, baru tahu ade menara dalam menara. Lama juga dah jam ni ye.
BalasPadamwah! seronok pulak baca kisah menara ni.. kalau jejak bandar hilir wajib cari ni..
BalasPadamBaru tahu kisah ini walaupun selalu ke sana. Lepas ni nak cari jugak.
BalasPadamWah.... terima kasih dietas infonya...baru tahu ni....
BalasPadamBagusnya info ni. Terima kasih share info bermanfaat ni
BalasPadam