KEKAL MEGAH SELEPAS 100 TAHUN
Bagi terus mengekalkan Bandar Melaka sebagai salah sebuah bandaraya bersejarah, proses pengindahan dan pengekalan bangunan serta fasad-fasad lama adalah sangat penting agar ianya dapat kekal. Sebagai salah satu bandar di negara ini yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia, pelbagai lokasi tinggalan lama perlu sentiasa dipulihara dan dibaik pulih dengan kaedah sesuai sebaik mungkin agar ianya tidak musnah.
Ini termasuklah kerja-kerja memulihara, membaik pulih dan restorasi struktur bangunan sedi ada di Jalan Laksamana. Ianya adalah salah satu di antara beberapa kawasan yang telah diberi perhatian dalam mengambalikan rupa sebenar bangunan berkenaan seperti zaman kegemilangannya terdahulu.
Terletak dalam kawasan pemuliharaan bandaraya Melaka dan dengan kedudukannya di tengah - tengah kawasan tumpuan ianya dilihat sebagai satu daya tarikan unik. Lot-lot bangunan ini sememangnya menjadi aset penting tinggalan sejarah lama. Untuk makluman, kerja-kerja baik pulih yang dijalankan adalah berpandukan pada konsep serta undang-undang yang telah ditetapkan.
Struktur bangunan ini telah menjalani proses rejuvenasi bagi memperbaiki keadaan fizikalnya yang berkemungkinan rosak. Juga dikhuatiri tidak selamat untuk dihuni atau digunakan sementelah usianya sudah pun melebihi 100 tahun.
Ulasan
Catat Ulasan