Siapa Tan Beng Swee?
Kita masih lagi di Melaka dan kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang Menara Jam Tan Beng Swee. Ada yang bertanya kepada saya siapa gerangannya Tan Beng Swee?
Tan Beng Swee dilahirkan di Singapura dalam sebuah keluarga Baba Nyonya yang fasih berbahasa Melayu. Beliau mula bekerja dengan bapanya sejak dari kecil dan dilantik menjadi rakan kongsi perniagaan keluarga pada 1852 ketika berusia 23 tahun. Beliau mengambil alih pengurusan syarikat apabila bapanya meninggal dunia pada tahun 1864 dan terus mengembangkan perniagaan keluarga sehingga berjaya menubuhkan cawangan di Shanghai. Syarikat yang diterajuinya turut menikmati hubungan perniagaan rapat dengan agensi perniagaan terkemuka Eropah seperti Boustead and Co.
Menara Jam Tan Beng Swee ini dilihat sebagai lambang kasih sayang sesama keluarga kerana ia dibina oleh seorang anak yang mahu memenuhi permintaan terakhir mendiang bapanya. Seorang ahli perniagaan terkenal di Melaka waktu itu iaitu Tan Beng Swee, bercita-cita untuk membina sebuah menara jam di tengah-tengah bandar Melaka untuk kemudahan masyarakat setempat. Namun impiannya tidak kesampaian dan selepas beliau meninggal dunia, hasrat tersebut telah disempurnakan oleh anaknya iaitu Tan Jiak Kim. Ada juga yang berpendapat, menara jam ini dibina adalah untuk memenangi hati pemerintah ketika itu dek kerana kecenderungan Tan Jiak Kim yang pro-British.
Keseluruhan binaan menara jam ini diperbuat daripada batu bata berukuran 9 inci x 4 inci setiap satu. Ia disempurnakan dengan sambungan mortar dan plaster batu kapur. Kayu turut digunakan pada bahagian tertentu.
Menyentuh soal kerja-kerja baik pulih, permukaan dinding dalaman (dan juga luaran) yang terjejas dan retak dilaksanakan dengan kaedah naturalise injection menggunakan produk jenama Graphenstone. Mortar Natureglue disumbat pada kedalaman antara 25mm sehingga 40mm. Campuran kapur dan air turut ditampal pada permukaan yang bermasalah bagi menutup rekahan- rekahan kecil yang berlaku.
Sebahagian daripada permukaan dinding atau tiang yang dikenal pasti mengalami masalah kelembapan telah dapat diatasi dengan penggunaan cecair kalis lembap. Ianya dilakukan dengan menebuk permukaannya terlebih dahulu sebelum cecair tersebut dimasukkan ke dalamnya menggunakan kaedah R Injection Naturalise dengan menggunakan produk yang sesuai daripada jenama Graphenstone.
Mortar Natureglue disumbat pada kedalaman antara 25mm sehingga 40mm Kemudian, barulah ianya ditutup dengan sapuan lepaan kapur sebagai penyudah kerja-kerja baik pulih. Setelah itu, satu lapisan cat primer disapu pada keseluruhan permukaan dinding atau tiang yang berlepa dan diikuti pula dengan dua lapisan cat penyudah tahan cuaca menggunakan jenama Dulux Museum Red yang telah diluluskan.
Ulasan
Catat Ulasan