RUMAH KEDAI GENTING CINA
Bangunan 14 Unit yang terletak di Jalan Laksamana - Lorong Gereja ini adalah merupakan antara bangunan terpenting yang banyak menyimpan kesan sejarah semasa era pemerintahan Inggeris di Melaka.
Deretan bangunan ini dipercayai telah dibina seawal tahun 1820-an di mana ketika itu kerajaan Inggeris telah membangunkannya di atas tapak runtuhan bangunan zaman pemerintahan Belanda. Seni bina bangunan ini banyak dipengaruhi ciri-ciri seni bina kolonial. Dahulunya, ia merupakan bangunan rumah teres atau town house yang siap dengan beranda tanpa laluan kaki lima.
Kemudian, seawal tahun 1920-an bangunan ini berfungsi sebagai rumah kedai dengan pengubahsuaian fasad dan tambahan kaki lima. Oleh itu, bangunan batu beratap genting Cina bentuk V ini perlulah dikekalkan dan dipulihara sebaik mungkin sebagai warisan seni bina untuk tatapan generasi hari ini dan akan datang.
Tahukah anda, bahawa kajian arkeologi peringkat dunia mendedahkan beberapa tamadun utama dunia telah
direkodkan temuan atap genting daripada tanah liat
sejak kurun ketujuh Sebelum Masihi (Wikander
1988; Sapirstein 2016).
Manakala, kajian
arkeologi di peringkat Asia Tenggara pula terutamanya di
Kemboja dan Thailand telah menemukan beberapa
atap genting yang mempunyai glase berwarna hijau
dan coklat selain mempunyai bentuk melengkung
dan bersegi empat (Sharon et al. 2020).
Menerusi kajian arkeologi di China dan Uighur pula telah merekodkan temuan atap genting berbentuk segi empat dan melengkung. Atap genting yang ini mempunyai bentuk “V” di bahagian hadapan yang memperlihatkan jenis rupa bentuk atap genting bagi tamadun Asia Timur.
Diharap dengan adanya pengekalan bangunan bersejarah seperti bangunan merah ini genarasi baru akan lebih lebih menghargai dan sensitif terhadap pembangunan sejarah negara. Ini adalah kerana pelbagai ilmu pengetahuan dapat dipelajari dengan memahami tentang bangunan warisan.
Ulasan
Catat Ulasan