SINDROM BANGUNAN SAKIT

 


Laporan Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 1984 telah menyatakan bahawa sehingga 30 peratus bangunan di dunia mungkin menghadapi masalah yang berkaitan dengan Kualiti Udara Dalaman (IAQ). 

Pengudaraan yang tidak mencukupi akan mengakibatkan udara tidak berkitar dan ini menyebabkan udara terperangkap di dalam bangunan. Ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar, yang dikenali sebagai Sindrom Bangunan Sakit (SBS). SBS boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk alahan, masalah pernafasan akut, rasa tidak selesa dan kesan psikologi lain. 

Secara umumnya, terdapat tiga (3) jenis pengudaraan yang terdapat di bangunan-bangunan termasuk premis perniagaan dan ruangan tempat kerja iaitu pengudaraan secara semula jadi, sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat) dan sistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara berpusat). 



Bagi unit-unit rumah kedai di Jalan Laksamana, Melaka ini masih mengekalkan sistem pengudaraan lama. Ini disifatkan sebagai satu kelemahan reka bentuk yang mana perlu diperbaiki. Manakala, bagi aspek laluan trafik (pergerakan dalam premis) turut diberi perhatian memandangkan ada unit-unit rumah kedai yang terlibat telah diubah suai dengan mendirikan penghadang ruang kekal (partition) yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan bangunan. Ini adalah kerana susun atur dalaman ruang, saiz bukaan dan faktor-faktor orientasi bukaan juga berpotensi untuk mengakibatkan terjadinya SBS.



Ulasan

Catatan Popular